Saturday, 10 October 2009

Tataetika Berniaga

1. Produk yang dijual hendaklah diperakui produk baru dan terjamin kualiti.

2. Produk Jenama Tiruan TIDAK boleh dipasarkan di Forum WMC ini.

3. Produk terpakai (“second hand products”) TIDAK dibenarkan dijual.

4. Produk Pil, Jamu, Ubat-ubatan, Vitamin, Cream atau apa jua yang berkaitan dengan produk Kesihatan dan Kecantikan mestilah mendapat kelulusan secara sah dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

5. Produk makanan, kek, biskut, kerepek, jus minuman, produk sejuk beku dan sebagainya mestilah belum tamat tempoh, terjamin kualiti dan di pek dengan kemas.

6. Pamerkan harga produk jualan asal. Peniaga harus bertanggungjawab dengan harga produk tanpa ada kos tersembunyi. Jika ada diskaun jualan, paparkan harga sebelum dan selepas diskaun.

7. Pamerkan kos pos, jenis perkhidmatan pos yang digunakan dan tempoh pos penerimaan produk.

8. Paparan foto produk mestilah jelas dan terang untuk penilaian pembeli. Jika pihak pengurusan WMC atau Pemilik Plaza dapati foto ciplak dari hasil usaha orang lain atau dari mana-mana laman web, maka pihak pengurusan WMC atau Pemilik Plaza berhak memadamkan foto berkenaan.

9. Peniaga disyorkan pamerkan butiran peribadi, alamat urusniaga (Jika ADA), nombor telefon dan alamat email untuk memudahkan rujukan pembeli.

10. Sebarang kenyataan perkhidmatan atau jualan produk untuk paparan iklan oleh pengiklan di mana-mana Plaza di WanitaMelayu.com bukanlah Hak kewajipan dan liabiliti oleh pihak pengurusan WMC atau Pemilik Plaza secara amnya.

11. Pihak pengurusan WanitaMelayu.com dan Pemilik Plaza secara amnya TIDAK bertanggungjawab keatas penjualan produk yang terselindung penipuan. Peniaga harus bertanggungjawab keatas apa jua produk jualan keatasnya.

0 comments:

Post a Comment